Kami mengambil berat dan menghormati privasi anda yang menggunakan internet. Polisi privasi kami dihuraikan di bawah ini dan kami cadangkan anda membacanya dengan teliti. Polisi ini mungkin berubah dari semasa ke semasa dan semua perubahan akan dipaparkan di Laman Web ini dan berkuatkuasa serta merta. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memantau perubahan-perubahan yang dipaparkan ini.

Polisi ini menumpukan kepada maklumat yang kami kumpul, bagaimana kami menggunakannya, bagaimana membetulkan atau mengubahnya, dan bagaimana kami melindungi dan menyimpannya.

Kami mengumpul maklumat peribadi dan kami menggunakan maklumat itu terutamanya untuk membantu kami memahami keperluan anda supaya kami boleh memberi khidmat kepada anda dengan lebih baik.

Jenis maklumat peribadi yang kami mungkin kumpul daripada anda dan cara kami menggunakannya bergantung kepada cara anda menggunakan Laman Web ini.

Kewajipan untuk mendaftar

Anda hendaklah:
i. Memberikan maklumat sebenar, tepat, terkini dan lengkap mengenai diri anda seperti yang dikehendaki oleh borang Pendaftaran.
ii. Menjaga dan mengemaskini data dengan segera Pendaftaran supaya ia sentiasa benar, tepat, terkini dan lengkap.
Semua Dealer mestilah mengguna kata laluan sulit, yang akan anda perlukan, bersama-sama ID DEALER yang NVI akan berikan pada anda untuk log masuk ke bahagian-bahagian yang dilindungi oleh kata laluan di Tapak Web ini. Anda hendaklah menjaga kerahsiaan sebarang nombor pengenalan, PIN atau kata laluan yang disediakan. Anda hendaklah segera memaklumkan NVI mengenai sebarang penggunaan Pengenalan yang tidak sah, atau sebarang pelanggaran keselamatan lain. Anda bertanggungjawab penuh ke atas semua aktiviti yang berlaku terhadap Pengenalan-pengenalan ini. NVI tidak bertanggungjawab terhadap sebarang salah guna akaun anda oleh seseorang yang menggunakan Pengenalan anda.

Penamatan

Anda bersetuju bahawa NVI, menurut budi bicaranya sendiri, mungkin menamatkan kata laluan anda, akaun (atau sebarang bahagian daripadanya) atau kegunaan perkhidmatan, dan membuang dan menghapuskan sebarang kandungan di dalamnya, untuk sebarang alasan, termasuk, tanpa had, sebab kurang diguna atau jika NVI percaya bahawa anda telah melanggar atau bertindak tidak konsisten dengan syarat atau semangat Syarat Penggunaan.

Kajian dan Soal selidik

NVI mungkin mengandungi beberapa kajian dan soal-selidik pilihan di seluruh tapak bertanyakan maklumat. Kami mengguna maklumat yang anda beri untuk membantu membuat pengalaman beli-belah anda sesuatu yang dikhususkan untuk anda, menunjukkan anda kandungan yang kami percaya anda mungkin berminat, mengikut rujukan anda, dan juga untuk memberi nasihat dan cadangan pembelian.

Bagaimana kami guna maklumat anda

Maklumat peribadi anda mungkin diguna oleh kami untuk beberapa tujuan termasuk, tanpa had, penyelidikan dan analisis statistik serta pemasaran. Dari segi pemasaran, dari semasa ke semasa kami mungkin menghantar keluar bahan-bahan promosi dan pemasaran mengenai perkara-perkara seperti tawaran produk yang hebat atau ciri-ciri Laman Web baru kepada pengguna yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga

Kecuali ditentukan sebaliknya atau dikehendaki oleh undang-undang atau kecuali diperlukan untuk tujuan melakukan perkhidmatan berkaitan penggunaan Laman Web ini, kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga, kecuali nama, ID DEALER, butiran untuk dihubungi dan nilai belian yang anda sudah buat, akan disediakan kepada Dealer rujukan atau penajaan anda, atau Dealer yang berkhidmat dengan anda pada masa sekarang.
Apabila perlu, maklumat peribadi anda mungkin didedahkan oleh NVI kepada ejen atau kontraktor NVI untuk tujuan melaksanakan perkhidmatan bagi NVI. Ejen atau kontaktor ini akan dilarang daripada menggunakan maklumat ini dalam apa jua cara lain selain daripada menyediakan perkhidmatan yang dikontrakkan oleh NVI.

Cookies di nutravalle.com

‘Cookies’ ialah fail teks kecil yang boleh digunakan oleh NVI untuk membantu mengenali anda. Di Laman Web ini, NVI mengguna ‘cookies’ untuk dua perkara: pemeribadian dan pengesahan. Dalam erti kata lain, untuk membantu anda menjadikan pengalaman Web suatu yang peribadi dan menentusahkan siapa diri anda. Untuk makluman ‘cookies’ kami adalah selamat.