Syarat-syarat Penggunaan

Akses dan penggunaan nutravalle.com serta produk dan perkhidmatan yang disediakan menerusi laman web ini adalah tertakluk kepada Syarat Penggunaan berikut. Perkataan ‘kami’, ‘kita’ dan ‘NVI’ bererti NutraValle International Sdn Bhd. Istilah ‘anda’ merujuk kepada Dealer, pelanggan dan orang awam.

1. Perakuan & penerimaan Syarat Penggunaan

Syarat penggunaan ini diguna pada masa sekarang tetapi mungkin dipinda atau disunting dari semasa ke semasa. Sila baca syarat penggunaan dengan teliti sebelum anda menggunakan laman web ini. Dengan menggunakan laman web ini, anda secara nyata bersetuju untuk diikat oleh syarat-syarat seperti yang ada pada masa sekarang ini atau selepas dipinda atau disunting dari semasa ke semasa dan mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan menerimanya. Namun, jika sesudah membaca syarat penggunaan ini dan anda tidak bersetuju dengannya anda mestilah berhenti menggunakan laman ini.

2. Undang-undang yang Mentadbir

Semua hal dan isu berkaitan dengan penggunaan dan interpretasi syarat penggunaan ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia untuk warganegara Malaysia dan/atau pemastautin tetap.

3. Tujuan Penggunaan

Laman ini adalah laman perniagaan dan komersial, dan oleh itu tidak ditujukan untuk individu yang berusia bawah 18 tahun. Jika anda berusia bawah 18 tahun, anda hendaklah berbincang dengan ibu bapa, penjaga, atau orang dewasa yang bertanggungjawab serta mendapatkan kebenaran untuk menggunakan laman ini.

4. Penafian dan Had Liabiliti

Maklumat, bahan dan perkhidmatan yang terkandung dalam laman ini diberikan kepada anda di atas asas “seadanya”, dan “seperti yang tersedia”. Kami tidak memberi waranti atau menjamin ketepatan atau kesempurnaan maklumat, pernyataan, kandungan atau bahan ini, serta secara nyata menafikan tuntutan sebarang liabiliti ke atas sebarang kesilapan, ketinggalan dan/atau ketidaktepatan dalam maklumat, pernyataan, kandungan dan bahan. NVI berusaha sebaik yang boleh tetapi tidak bertanggung jawab untuk membetulkan sebarang ketidaktepatan, kesilapan, peninggalan atau kesilapan tipografi dalam maklumat yang dihantar ke Laman Web ini, dan maklumat sedemikian termasuk maklumat mengenai perletakan harga dan penawaran barangan mungkin diubah, dipinda atau dikemaskini tanpa notis.Sehingga ke tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, melainkan ditetapkan sebaliknya, kami menolak tuntutan semua gambaran dan sebarang jenis jaminan, sama ada dinyatakan, dibayangkan atau berkanun. Di samping itu, kami tidak memberi waranti, menjamin atau membuat sebarang gambaran mengenai keselamatan akaun, atau bahawa laman ini bebas daripada bahan merosakkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada virus komputer, penggodam, atau sabotaj teknikal lain, juga kami tidak memberi waranti, menjamin atau membuat sebarang gambaran bahawa akses ke laman ini boleh diakses sepenuhnya pada setiap masa, tanpa gangguan, atau bebas daripada kesilapan.

Sehingga ke tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, kami menafikan liabiliti terhadap sebarang kerosakan termasuk, tanpa had, secara langsung atau tidak langsung, khusus, kebetulan, pampasan, gantai-rugi teladan atau kerosakan lanjutan, kerugian atau perbelanjaan, termasuk tanpa had kehilangan atau pesanan silap haluan, keuntungan yang hilang, pendaftaran yang hilang, hilang nama baik, program atau data lain yang hilang atau dicuri, walau disebabkan apa cara jua dan di bawah sebarang teori liabiliti yang terbit daripadanya atau yang berkaitan dengan:
i. penggunaan laman ini, atau ketidakmampuan melihat laman ini oleh mana-mana kumpulan; atau
ii. sebarang kegagalan atau pelaksanaan, kesilapan, ketinggalan, gangguan, kecacatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi; atau
iii. kegagalan talian atau sistem atau kemasukan virus komputer, atau sabotaj teknikal lain, walaupun sekiranya kami atau pekerja atau wakil kami dimaklumkan mengenai kemungkinan atau kebarangkalian kerosakan, kerugian atau perbelanjaan sedemikian.

Sekiranya sebarang peruntukan yang terkandung dalam Syarat Penggunaan ini dianggap tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan atas sebarang alasan, ketidaksahan atau ketidakbolehkuatkuasakan tersebut tidak akan memberi kesan kepada syarat-syarat selebihnya yang akan dianggap dan dikuatkuasakan seolah-seolah syarat(-syarat) atau peruntukan yang tidak sah atau tidak boleh boleh dikuatkuasakan itu tidak pernah wujud. Kegagalan NVI untuk mendesak atau menguatkuasa pelaksanaan ketat kepada sebarang syarat(-syarat) atau peruntukan(-peruntukan) yang terkandung di dalamnya tidak boleh dianggap sebagai satu penepian sebarang syarat, peruntukan atau hak.

5. Hak Harta Intelek

Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua reka bentuk Laman Web, teks dan grafik adalah Hak cipta NVI.Semua Hak cipta terpelihara. Kecuali seperti dinyatakan di dalamnya, tiada sebarang bahan boleh disalin, dimuat turun, dipapar, dipos, dihantar, diguna atau diterbitkan semula secara keseluruhan atau sebahagian dalam bentuk apa jua atau melalui cara apa jua untuk sebarang tujuan kecuali penggunaannya dibenarkan oleh NVI.

Cap Dagang

Semua nama dagang, nama bidang, jenama, simbol dagang, logo, slogan, cap dagang atau cap perkhidmatan yang mengandungi nama NVI dan sama ada diikuti dengan asterisk (*) atau TM adalah cap dagang atau kepentingan hak milik NutraValle International Sdn Bhd. Terdapat nama dagang, nama jenama, simbol dagang, logo, slogan, cap dagang, cap perkhidmatan lain yang dinyatakan di Laman Web ini yang menjadi hak pemilik masing-masing.

6. Pautan

Tapak Web ini mungkin mengandungi banyak pautan kepada Tapak Internet lain termasuk, tanpa had, iaitu tapak syarikat gabungan lain dan tapak lain yang mungkin memberikan nasihat atau barangan dan perkhidmatan yang dikendalikan oleh pembekal pihak ketiga. Peruntukan pautan tidak bererti bahawa kami mengesah atau menerima tanggungjawab untuk kandungan, penggunaan, atau produk dan perkhidmatan yang disedia menerusi Tapak Web bersekutu. Dengan mempergunakan pautan ini, anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab untuk tindakan, kandungan, ketepatan, privasi, polisi, pendapat yang dinyatakan, perkhidmatan yang disedia, barangan yang dijual, atau pautan lain yang disediakan oleh laman-laman ini. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab sama ada secara langsung atau tidak langsung terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan atau pergantungan ke atas tapak yang dipautkan. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan berkaitan tapak-tapak ini, anda hendaklah ditujukan terus kepada pentadbir laman berkenaan.

7. Penyelesaian Pertelingkahan

Sebarang pertelingkahan yang timbul berkaitan dengan Syarat-syarat Penggunaan atau berkaitan dengan penggunaan tapak web www.nutravalle.com yang tidak boleh diselesaikan melalui perundingan secara jujur hendaklah dirujuk kepada orang tengah atau timbangtara.

8. Tiada Penggunaan yang Menyalahi Undang-undang atau Dilarang

Sebagai syarat anda mengguna Laman Web ini, anda hendaklah mematuhi semua undang-undang, kanun, ordinan dan peraturan yang berkenaan penggunaan anda terhadap perkhidmatan kami dan sebarang aktiviti berkaitan mengenainya. Di samping itu, anda bersetuju untuk tidak akan menggunakan Laman Web ini untuk sebarang tujuan yang melanggar undang-undang atau dilarang oleh undang-undang atau oleh terma, syarat dan notis ini. Anda bersetuju:
i. Tidak memuat naik, mengepos, e-mel atau sebaliknya menghantar sebarang kandungan yang menyalahi undang-undang, berbahaya, mengugut, mendera, mengganggu, menyeksa, memalukan, biadap, lucah, memfitnah, menceroboh privasi orang lain, penuh kebencian, atau bersifat perkauman, atau etnik atau menjelekkan.
ii. Tidak memuat naik, mengepos, e-mel atau sebaliknya menghantar sebarang bahan yang mengandungi virus perisian atau sebarang kod, fail atau program komputer lain yang dicipta untuk mengganggu, merosak atau menghadkan fungsi sebarang perisian atau perkakasan komputer atau peralatan telekomunikasi.
iii. Tidak mengumpul atau menyimpan data peribadi pengguna lain.
iv. Tidak mengganggu atau menggendalakan perkhidmatan atau perkhidmatan-perkhidmatan atau rangkaian-rangkaian yang disambungkan kepada perkhidmatan, atau melanggar sebarang keperluan, prosedur, polisi atau peraturan rangkaian yang disambungkan kepada perkhidmatan.

9. Serahan

Sebarang bahan, maklumat atau idea yang anda hantar atau poskan ke Laman ini dengan apa jua cara akan dilayan sebagai tidak sulit dan tidak berpemilik, dan mungkin disebar atau diguna oleh NVI atau syarikat-syarikat yang berkaitan dan bergabung dengannya untuk sebarang tujuan, termasuk, tetapi tidak terhad, penyalinan semula, transmisi, penerbitan, penyiaran, penghantaran, perkembangan, pengilangan dan pemasaran produk. Walaupun terdahulu, semua data peribadi yang diberi kepada NVI akan dikendali mengikut Polisi Privasi NVI. NVI tidak mempunyai tanggungjawab untuk memberi maklum balas kepada mesej yang dihantar ke laman ini.

10. Keselamatan

Kami faham bahawa semasa membeli-belah di Internet, keselamatan adalah paling utama bagi anda. Kami memberi jaminan bahawa semua langkah keselamatan untuk melindungi urus niaga NVI anda telah diambil supaya anda membeli-belah dengan selamat dan terjamin seperti yang boleh diberi secara munasabah. Apabila anda membuat pemesanan di NVI, urus niaga anda disulitkan mengguna teknologi penyulitan Secure Socket Layer (SSL). Penyulitan mengkodkan maklumat yang disiar melalui Internet, termasuk nama dan alamat. SSL juga mengesah betulkan identiti penyedia khidmat dan mengesahkan mesej asal selamat tiba di destinasinya.